Tuesday, August 23, 2011

Keadaan ROH di bulan Ramadhan



Assalamualaikum readers :)


Semalam aku check inbox yahoo aku kan,terbaca la 1 email ni ada org hantar.. Menarik email ni  thats why la aku nak share dgn korang.. Kandungan email ni menceritakan tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. 


Menurut satu hadith Rasulullah s.a.w :

Menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.





Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. 


Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.



Hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua 
hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.



So marilah ramai2 kita mendoakan utk org2 yang kita sayangi yg telah pergi meninggalkan kita. Jangan biarkan mereka sedih dan terseksa di sana sbb anak2,cucu2 mereka xmendoakan tuk mereka. OK, chow dulu


SALAM RAMADHAN..

6 comments:

emydiaz3 said...

sedih dan terharu baca nie..TT...
teringat arwah mak...mendoakan agar roh mak dibenarkan pulang ...amin

fiqasaiful said...

amin....berdoa tuk arwah mak ye syg,leh dia dtg tgk anak2 nye...sy pon teringatkan tok sy...

adlina said...

tq sudi share info ni

Muhamad Zulkarnain said...

komen anda dibalas http://www.blogger.com/comment.g?blogID=5414274998667409700&postID=1087673584110364224&page=1&token=1314087762592&isPopup=true

Muhamad Zulkarnain said...

dah balas komen awak http://www.blogger.com/comment.g?blogID=5414274998667409700&postID=1087673584110364224&page=1&token=1314089368247&isPopup=true

TiraTaec0oL said...

tengs 4 sharing~~