Assalamualaikum readers :)
Semalam aku check inbox yahoo aku kan,terbaca la 1 email ni ada org hantar.. Menarik email ni thats why la aku nak share dgn korang.. Kandungan email ni menceritakan tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.
Menurut satu hadith Rasulullah s.a.w :
Menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


